Refleksi GKK1043 Kesihatan dan Kecergasan

Kesihatan dan kecergasan diri adalah amat penting dalam menjamin kehidupan seseorang manusia yang sejahtera. Kesihatan dan kecergasan diri merupakan sesuatu yang harus dijaga dengan baik oleh setiap insan supaya tidak sengsara di kemudian hari. Penjagaan yang baik haruslah dipupuk melalui kaedah yang bernasihatkan doctor atau Kementerian Kesihatan. Persoalannya, apakah itu kesihatan dan kecergasan diri?
            Menurut pentakrifan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), perkataan sihat ialah keadaan sempurna fizikal,mental dan sosial dan tidak hanya ketiadaan sakit. Kesihatan juga membawa maksud kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Kecergasan diri pula membawa maksud kemampuan dan kebolehan seseorang  melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti.
            Sebelum saya mendaftarkan diri saya di IPGKDRI, kehidupan saya boleh dikatakan tidak teratur dari aspek kesihatan dan kecergasan diri. Masa melakukan aktiviti fizikal yang saya lakukan adalah tidak sistematik kerana saya hanya akan berjoging dua kali setiap sebulan sahaja. Saya amat menggemari permainan bola sepak dan futsal, oleh itu, saya banyak bermain bola sepak dan futsal tetapi pada waktu yang tidak sesuai iaitu pada waktu malam. Tetapi, semenjak saya mendaftar di institusi ini, pelbagai pencerahan yang telah diberikan semasa waktu GKK1043 iaitu mempelajari tentang prosedur aktiviti yang betul, berjoging dan senamrobik dengan cara yang betul. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa waktu pembelajaran ini juga dapat membantu saya untuk menghadapi ujian post yang berlangsung pada 10 September 2019. Pelbagai aktivti yang saya lakukan untuk meningkat tahap kecergasan dan disiplin saya. Saya turut membuat persiapan awal bagi menghadapi ujian post tersebut dengan mengaktifkan diri ke padang dan menjalankan aktiviti di situ. Hal ini dapat dibuktikan dengan berlakunya peningkatan dalam ujian SEGAK yang boleh dirujuk dalam keputusan pre dan juga post. Sebagai bukti, aktiviti ringkuk tubi separa meningkat sebanyak 5 yang mana ujian semasa pre ialah 20 dan ujian semasa post ialah 25, aktiviti jangkaun melunjur meningkat sebanyak 3.5 cm yang mana ujian semasa pre ialah 32 cm dan ujian semasa post ialah 35.5 cm dan kadar nadi setelah melakukan aktiviti turun naik bangku menurun sebanyak 9 yang mana ketika ujian pre ialah 119 dan ketika ujian post ialah 110. BMI bagi berat ketika pre dan post meningkat sebanyak 0.2 kg iaitu 51.5 kg manakala tinggi saya tidak berlaku perubahan iaitu 170 cm. Tidak ketinggalan juga tentang aktiviti bleep test yang juga menunjukkan corak peningkatan iaitu daripada level 7.1 pada ujian pre dan level 7.9 pada ujian post.
            Hasil daripada data – data daripada ujian segak dan bleep yang telah dijalankan adalah dapat dirumuskan bahawa telah berlaku peningkatan terhadap tahap kecergasan diri saya walaupun peningkatan tersebut tidaklah terlalu ketara. Harapan saya pada masa hadapan adalah supaya diri saya akan terus menghadapi peningkatan dari segi kecergasan dan kesihatan diri serta berjaya melakukan peningkatan yang lebih ketara jika menjalankan ujian segak dan bleep sekali lagi. Tidak lupa juga kepada piramid aktiviti yang boleh dijadikan sebagai rujukan oleh saya semasa proses meningkatkan prestasi diri.
            
Image result for piramid aktiviti fizikal



Comments

Popular Posts